GERKIS 11

GERKIS ini merupakan salah satu program kebajikan yang pertama yang dijalankan di KHAR iaitu gabungan antara Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Biro Perhubungan Awam. Program ini akan diadakan pada 3 April 2011 di PDK Sg Choh. Harap sesiapa yang menyertainya mendapat pelbagai input dan pengalaman yang menarik disana nanti 🙂

PESTA BUKU DAN INFORMASI (PBI)

Pesta Buku ini telah diadakan pada 1-6 mac 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Pelbagai majlis-majlis ilmu telah diadakan sempena pesta buku ini,antara penceramah yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis adalah seperti ustaz Dzul Karnain, Ustazah Siti Nor Bahyah, ustaz Akhill Hayy dan lain-lain. Tujuan pesta buku ini diadakan untuk memupuk sikap minat membaca dalam kalangan mahasiswa.

KARIB 11

tKARIB ini bermaksud KARNIVAL INSANIAH BESTARI 2011 yang telah dijalankan pa 13-16 Januari 2011. Sepanajang karnival ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan antaranya persembahan moto bike, cabaran teh tarik, ceramah agama dan banyak lagi. Antara penceramah jemputan adalah seperti ustaz Anhar Opir, En Nizamuddin Alias,En Muhamad Syaari Ab Rahman dan Mohd Hakim Mohd Nor dan artis jemputan pula ialah Azrul Raja lawak dan Amar. Tujuan kKarnival ini dibuat untuk melatih mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu program